Tuesday, April 29, 2008

Kejayaan

Kejayaan-kejayaan/anugerah yang diperoleh sekolah sehingga kini

SKBP berjaya memenangi beberapa kejayaan membanggakan. Ketrampilan dan komitmen pemimpin dan warga pendidiknya menyerlahkan kecemerlangan SKBP. Antara kemenangan dan anugerah yang pernah diterima pada peringkat daerah dan negeri adalah seperti berikut :


  1. Kejayaan Ko-Akademik

    Kuiz kesihatan

    Mewakili negeri Kedah ke peringkat kebangsaan 2006 & 2007.
    Mewakili daerah Kota Setar ke peringkat negeri 5 tahun berturut-turut.



  2. Kejayaan Kokurikulum

    2.1 Pertandingan Kawad Kaki

    Pasukan Putera TKRS SKBP menjadi Johan Kawad Kaki Peringkat Negeri Kedah 2006

    Tahun berikutnya kedua-dua pasukan Putera dan Puteri meraih Johan Kawad Kaki Peringkat Negeri Kedah 2007






    2.2 Siti Hazwani bt Din, Badminton (Bawah 12 Tahun)

    Naib Johan Negeri Kedah 2006
    Johan Negeri Kedah 2007
    Tempat Ke-3 Peringkat Kebangsaan 2007


    2.3 Nik Mohd Shakirin b. Nik Mohd Jafrizal (Tahun 3K),
    Squash (Bawah 9 Tahun)

    Mewakili Negeri Kedah dalam Pertandingan Squash (Bawah 9 Tahun) ke Peringkat Kebangsaan 2008.

    Tersenarai dalam 10 teratas pemain Squash Terbaik (Bawah 9 tahun) Peringkat Kebangsaan 2008.


  3. Anugerah Yang Diterima

    3.1 Guru Inovatif Berkumpulan (2002)

    Tempat Pertama Peringkat Negeri Kedah
    “Kelasku Istana Ilmu”
    Pn. Che Telani, Pn. Naziah, En. Jawahir, En. Azam dan En. Md. Tajudin

    3.2 Guru Inovatif (2005)

    Tempat Pertama Peringkat Negeri Kedah
    “Gerinda Kristal” (Pemulihan Khas)
    Pn. Rahmah Mansof

    3.3 Prasekolah Lima Bintang (2004-2006)

    Tempat kedua Peringkat Negeri Kedah (2006)
    Ceria Pintar - Pn. Rudziah Ali
    Comel Pintar - Pn. Azlina Azizan




    3.4 Surau Lima bintang (2005-2006)

    Tempat Pertama Peringkat Daerah


    3.5 Pertandingan Kitchen Garden (2007)

    Tempat Kedua Peringkat Negeri
    Penyelaras : En. Md. Tajudin
    .


    ------------------------------------------------------------

    Tahun 2008 merupakan tahun yang penting bagi SKBP. Pada tahun ini SKBP telah dicalonkan untuk Anugerah Sekolah Cemerlang. Untuk tujuan itu, beberapa projek khas dilaksanakan bagi menyerlahkan keunikan SKBP. Warga SKBP bertungkus-lumus berganding bahu memastikan kejayaan menjadi milik mereka. Adalah diharapkan segala usaha gigih ini akan pasti ada ganjarannya.

Saturday, April 26, 2008

Majlis Bersama MAB

Majlis bersama Malaysia Airport Berhad (MAB) telah diadakan pada 22 April 2008 jam 2.30 petang. Rombongan diketuai oleh Tuan Mahmud Fauzi Bin Hj. Kadir,BKM,BCK, Pengurus MAB Kedah.

Dalam majlis ini Cik Syakila mewakili pihak MAB menerangkan peranan MAB tentang program Beyond Borders dan program PINTAR yang dianjurkan oleh pihak MAB.

Dalam program Beyond Borders, Corporate Sosial Responsibility (CSR) dan projek PINTAR, pihak MAB menyenaraikan program-program berikut untuk SKBP (tarikh tentatif) :

1. Peningkatan B.Inggeris - English Wokshop untuk guru-guru Sains & Maths
2. Interschool Competition - Golden Pen Award (essay writing)
3. Motivasi pelajar - Against all odds & recipe for success (15-30 Mei)
4. Prevention against crime & accident - Self defense workshop (1-15 Jun)

Oleh kerana program "Prevention against crime & accident" sama dengan program Keselamatan Murid "Semarak Kasih" yang telah dirancangkan oleh pihak sekolah pada 17 mei 2008, Guru Besar mencadangkan MAB mengadakan pelancaran SKBP sebagai program "anak angkat" MAB pada tarikh berkenaan.

Encik Fauzi menyampaikan ucapan dan hasrat MAB
menjadikan SK Bukit Pinang sebagai "anak angkat" MAB


Cik Shakila dan Cik Rika dua orang jelitawan MAB turut hadir menyerikan majlis


Majlis turut dihadiri oleh guru-guru dan AJK PIBG


Persetujuan telah dicapai.
Encik Fauzi menyampaikan cenderahati dari MAB
kepada Encik Azis, Guru Besar SK Bukit Pinang



Encik Fauzi turut menyampaikan cenderahati kepada
Ustaz Ibrahim, Penolong Kanan 1 SK Bukit Pinang


Kuiz Kesihatan

Kuiz Kesihatan Peringkat Zon PKG Pokok Sena telah diadakan di Dewan Sirih SK Bukit Pinang pada 22 April 2008 jam 8.30 pagi.

Pertandingan kuiz dimulakan dengan ujian bertulis dan komputer.
Tiga kumpulan telah mara ke pusingan akhir iaitu:
  1. SK Lengkuas
  2. SK Wan Abdul Samad
  3. SK Pokok Sena
Tahniah kepada pasukan SK Pokok Sena yang telah menjadi juara seterusnya akan mewakili Zon PKG Pokok Sena ke pertandingan kuiz di peringkat daerah Kota Setar.

Peserta kuiz sedang menjawab dengan tenang soalan yang
dikemukakan oleh Juru Kuiz

Encik Azis Abd. Rahman, Guru Besar SK Bukit Pinang, Puan Siti Rokiah,
Penyelia Kokurikulum PPD Kota Setar, Puan Rosidah, Guru Besar SK Bukit Hijau
dan Puan Maznah, Guru Besar Sk Telaga Mas, turut hadir menyerikan majlis


Juri yang berpengalaman dijemput khas dari Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar

Sempena Kuiz Kesihatan ini, pihak TM mengadakan
promosi Streamyx Combo

Petugas-petugas Streamyx menunjukkan pakej Streamyx Combo
yang amat menjimatkan

Ikrar Murid


Bismillahirahmanirahim.

Bahawasanya,
Dengan ini,
Kami berjanji dan berikrar,

Akan menunaikan tanggung jawab,
Terhadap,
Diri sendiri,
Ibu Bapa, Guru-guru,
Dan Masyarakat.

Kami berjanji,
Akan mematuhi peraturan sekolah,
Arahan guru,
Serta,
Menjaga nama baik sekolah kami.

Kami beriltizam,
Akan menjadi murid cemerlang,
Berlandaskan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Lencana Sekolah






Tangan menatang buku
Melambangkan ilmu perlu dijaga dan dituntut sehingga mencapai taraf yang paling tinggi;

Tangkai padi
Melambangkan faktor pemakanan bagi menambahkan tenaga yang akan memberikan kekuatan kepada minda.

Kerajinan Tangga Kemajuan
Kata-kata berinsprasi untuk dijadikan ikutan dan amalan oleh setiap warga sekolah.

Warna Biru
Melambangkan keharmonian, dedikasi dan keikhlasan.

Warna Kuning
Melambangkan kedaulatan Raja serta kepatuhan kepada perlembagaan negara.

Warna Putih
Melambangkan kesucian hati dan kesediaan pelajar untuk dicorak warnakan oleh guru.

Lagu Sekolah


Sekolahku,
Harapan bangsaku,
Mendidik insan mulia,
Membimbing, membina wawasan kita
Menuju cita jaya.

Usaha dan berkeyakinan,
Budaya insan cemerlang,
Bersatu, setia dan beretika,
Mencapai cita mulia.

Ayuhlah SKBP curahkan bakti,
Melahir wira bangsa,
Untuk negara.

Wawasan yang suci,
Matlamat utama,
Kerajinan kita,
Tangga kemajuan.
.

Projek Khas

GARISAN KUNING

Projek Garisan Kuning bertujuan memastikan disiplin murid terkawal. Murid akan berjalan di dalam garisan kuning ini semasa masuk dan keluar bilik darjah. Garisan kuning juga dapat mengawal murid supaya berjalan mengikut barisan dan tidak berlari di dalam kawasan sekolah. Projek yang diilhamkan oleh En. Md. Tajudin, dikawal selia oleh Pn. Hjh Kamariah (PK HEM) dan JK Disiplin SKBP.




GALERI SEJARAH

Galeri sejarah mempamerkan koleksi hasil tinggalan sejarah untuk dihayati oleh murid-murid dan umum. Bahan pameran di galeri ini adalah dari sumbangan guru-guru dan waris. Bak kata pepatah melayu, tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan, galeri ini merupakan koleksi gambar-gambar tokoh sejarah dan bahan-bahan sejarah dipamerkan di dewan terbuka SKBP. Sejarah silam warisan bangsa menjadi sanjungan warga SKBP.





KITCHEN GARDEN

Projek ini menjadi johan di peringkat daerah Kota Setar dan naib johan negeri tahun 2007. Jawatan kuasa ini diketuai oleh En. Md. Tajudin. Antara tanaman yang ditanam adalah serai, terung, bendi, timun dan lain-lain pokok hiasan. Taman ini juga dilengkapi dengan batu giling tradisi yang sumbangkan oleh waris. Kitchen garden ini menjadi taman indah kebanggaan warga SKBP.


GERINDA KRISTAL

Gerinda Kristal merupakan bilik Pemulihan Khas SKBP. Di sini anak didik SKBP yang menghadapi masalah 3M “digilap”. Diusahakan secara peribadi oleh Pn. Rahmah bt Mansof yang juga dianugerahkan sebagai guru Inovatif peringkat negeri Kedah pada tahun 2006. Pn. Rahmah adalah Jurulatih Utama Pemulihan Khas. Gerinda Kristal SK Bukit Pinang dijadikan sebagai benchmark kelas Pemulihan Khas daerah Kota Setar dan negeri Kedah.

SENTUHAN KASIH WARIS PENYAYANG

Penubuhan Jawatan Kuasa Waris bagi setiap kelas mengikut inisiatif guru kelas masing-masing. Melalui program ini, waris memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan, material, tenaga dan kerjasama. Permuafakatan antara waris dan guru ini bertujuan meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah murid serta keceriaan kelas. Aktiviti gotong-royong, menjahit langsir, membeli dan memasang tikar getah serta mengecat bilik darjah. Gotong-royong diadakan dari semasa ke semasa untuk menceriakan bilik darjah.


Friday, April 25, 2008

Pengenalan

Selamat datang ke Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang

Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang (SKBP), Kepala Batas, Alor Setar, Kedah Darul Aman, merupakan sebuah sekolah Gred A, kategori luar bandar di dalam daerah Kota Setar. Berdasarkan data Januari 2017, sekolah ini terdiri daripada 590 orang murid termasuk murid pra sekolah., 44 orang guru dan 10 orang staf sokongan. Murid-murid sekolah ini berbangsa Melayu .

Guru Besar SKBP, Tuan Hashim Bin Ibrahim ,mula bertugas di sekolah ini pada 2.1.2018 menggantikan Puan Hajah Badriah Hj Minai yang bersara.Beliau dibantu oleh En. Md Zuki Bin Razak sebagai Penolong Kanan Pentadbiran,Encik Khairur Rijal Bin Yahaya sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan  Penolong Kanan Kokurikulum Encik Badrul Munir Bin Sulaiman.

SKBP pernah memenangi beberapa anugerah, antaranya Guru Inovatif Kategori Berkumpulan Tahun 2002, Guru Inovatif (Gerinda Kristal) Tahun 2005, Surau Lima Bintang Daerah Kota Setar Tahun 2006 serta naib johan Peringkat Negeri Kedah Prasekolah Tahun 2006 dan Kitchen Garden Tahun 2007. Sekolah ini juga terkenal dengan kejayaan menjadi Juara Kawad Kaki Putera dan Puteri TKRS serta Juara Kuiz Kesihatan Peringkat Negeri Kedah Tahun 2006 dan 2007. Semoga anugerah ini akan menjadi milik warga SKBP.Kejayaan-kejayaan inilah yang menjadikan SKBP terpilih sebagai calon Anugerah Sekolah Cemerlang bagi tahun 2008.

Tuesday, April 22, 2008

Aktiviti Bulan Mei

  1. Hari Anugerah Cemerlang 7 Mei 2008 (Rabu)
  2. Program Keselamatan Murid "Semarak Kasih" 17 Mei 2008 (Sabtu)
  3. Peperiksaan Pertengahan Tahun 18-21 Mei 2008
  4. Sambutan Hari Guru SKBP 22 Mei 2008 (Khamis)
  5. Sukaneka Prasekolah

Sunday, April 13, 2008

Aktiviti Bulan April

  1. Mesyuarat Jawatan Kuasa PIBG
    3 April 2008 (Khamis) jam 5.00 ptg

    Agenda mesyuarat: membincangkan Hari Anugerah Cemerlang & Mesyuarat Agung PIBG 2008

  2. Program Teknik Menjawab UPSR (Murid Tahun 6)
    14-17 April 2008 (4 hari) jam 8.00-10.00 malam

    14 April 2008 (Isnin) Bahasa Melayu
    15 April 2008 (Selasa) Matematik
    16 April 2008 (Rabu) Sains
    17 April 2008 (Khamis) English

  3. Khidmat e-filing dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (Incometax)
    20 April 2008 (Ahad) jam 2.00 petang

    Warga kerja SKBP mendapat bimbingan mengisi e-borang taksiran cukai pendapatan oleh 4 orang pegawai dari LHDN

  4. Kuiz Kesihatan Peringkat Zon PKG Pokok Sena di Dewan Sirih SK Bukit Pinang
    22 April 2008 (Selasa) jam 8.30 pagi

    Terima kasih kepada semua pasukan yang bertanding.
    Tahniah kepada SK Pokok Sena yang berjaya menjadi johan dan mewakili ke peringkat daerah.


  5. Majlis perjumpaan dengan Malaysia Airport Berhad (MAB)
    22 April 2008 (Selasa) jam 2.30 petang

    Majlis program Beyond Borders telah berlangsung dengan jayanya.
    Majlis Pelancaran SKBP sebagai Program PINTAR MAB
    dijangka akan diadakan pada 17 Mei 2008


  6. Mesyuarat Jawatan Kuasa PIBG
    24 April 2008 (Khamis) jam 5.00 ptg

  7. Pertandingan Kawad Kaki Putera-Puteri TKRS di SMK Kubang Rotan 28 April 2008 (Isnin)

    Selamat Berjaya kepada putera-puteri SKBP.
    Semoga kejayaan akan menjadi milik kita sekali lagi.


Saturday, April 12, 2008

Piagam Pelanggan

Kami warga SK Bukit Pinang dengan penuh amanah dan tanggung jawab secara akan:

  • Memastikan semua murid mendapat layanan yang sama serta pendidikan yang sempurna sesuai dengan konsep pendemokrasian pendidikan.
  • Berusaha dengan gigih dan berterusan bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum, sahsiah, kokurikulum, serta pengurusan dan pentadbiran.
  • Memastikan semua masalah diambil tindakan mengikut keperluan dan keutamaan.
  • Sentiasa menjalin interaksi dengan ibu bapa, masyarakat serta komuniti sosial yang lain ke arah kemajuan dan perkembangan sekolah.
  • Memastikan aspek pengurusan dan pentadbiran lebih responsif dan reaktif.
  • Sentiasa menerima dan mengalu-alukan pandangan, syor dan teguran membina semua pihak demi mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan.

Maklumat Asas Sekolah


Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang
Alamat : Alor Star, 06200 Kepala Batas, Kedah Darul Aman
Daerah : Kota Setar
Kod Sekolah : KBA 2084
Lokasi : Luar Bandar
Sesi Persekolahan : Pagi

No.Telefon : 04-714 1890
No.Faks : 04-714 1890
Daerah MGB : Pokok Sena
Nama Guru Besar : Tuan Hashim Bin Ibrahim
Nama PK Pentadbiran : En. Md Zuki B. Razak
Nama PK HEM : En. Khairur Rijal B. Yahaya
Nama PK Kokurikulum : Menunggu Pengganti
Jumlah Guru : 46 Orang
Jumlah Staf Sokongan : 9 Orang
Jumlah Murid pada 01.01.2017 : 589 Orang
Moto Sekolah : "Ayuh Ke Mercu"

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang (SKBP) telah ditubuhkan pada awal tahun 1982. Pada mulanya sekolah ini merupakan cawangan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, dengan kapasiti enam buah bilik darjah (satu kelas bagi setiap aliran) yang menempatkan seramai 211 orang murid. Guru penyelia yang bertanggungjawab pada masa itu ialah Encik Othman Ahmad. Beliau dibantu oleh Pn. Hajjah Che Pah bt. Din. Mereka berdua merupakan individu yang bertanggungjawab memastikan perjalanan sekolah berjalan dengan lancar. Pn. Hajjah Che Pah sanggup mengeluarkan wang sakunya sendiri untuk membeli peralatan sekolah seperti kapur tulis, pemadam dan seumpamanya untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Jumlah guru ketika itu terdiri daripada tujuh orang (2 lelaki dan 5 perempuan).
Lencana asal SKBP
Menjelang tahun 1985, jumlah murid telah menjangkau sehingga 400 orang. Atas daya usaha En. Mohd. Hassan Hamid, satu projek gotong-royong telah diadakan untuk menampung keperluan bilik darjah ketika itu. Projek ini mendapat pembiayaan daripada sumbangan orang perseorangan, waris-waris serta para guru. Hasilnya sebuah bangunan setingkat yang mengandungi empat buah bilik darjah telah berjaya didirikan. Blok bangunan baru ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Hj. Osman Arof, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman pada 20 Julai 1987.

Bangunan dua tingkat SKBP
Memandangkan keperluan infrastruktur sekolah yang semakin mendesak, bilangan bilik di bangunan ini telah ditambah untuk menempatkan pusat sumber sekolah, perpustakaan dan pejabat am pada tahun 1990. Tambahan premis-premis ini juga adalah hasil usaha gotong-royong.

Pada 31 Disember 2001, sekolah ini telah mendapat peruntukan sejumlah RM2.1 juta daripada kerajaan untuk menambah dua blok bangunan baru tiga tingkat yang mampu menampung keperluan murid yang semakin bertambah daripada semasa ke semasa. Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada 1 Januari 2002 dan menjelang 31 Ogos 2002, bangunan ini telah siap sepenuhnya dan digunakan secara optimum.

Bangunan baru SKBP siap pada Ogos 2002
Sehingga tahun Januari 2008, jumlah murid telah mencapai sehingga 710 orang. Infrastruktur sekolah semakin bertambah untuk memenuhi keperluan semasa seperti makmal komputer, pusat sumber sekolah, bilik tayangan, bilik pemulihan khas (Gerinda Kristal), dua buah kelas prasekolah yang menempatkan 50 orang murid, pusat akses kendiri, bilik SPBT, bilik PPSMI dan seumpamanya. Staf guru pula terdiri daripada 39 orang (10 lelaki dan 29 perempuan) dan dibantu oleh 9 staf sokongan (5 lelaki dan 4 perempuan).

Jasamu dikenang
Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini terdiri daripada:

  1. En. Othman b. Ahmad (Guru Penyelia) : 1982 - 1985
  2. En. Mohd. Hassan b. Hamid : 1985 - 1987
  3. En. Khalid b. Md. Yunus : Dis.1987 - Apr.1994
  4. Tn. Hj.Salleh b. Abdullah : April 1994 - Feb.1995
  5. En. Abd. Wahab b. Md. Hussein : April 1995 -16 Jun 1998
  6. Pn. Hjh. Khairon bt. Lazim : 1 Jul.1998 -10 Mac 2001
  7. En. Samsuddin b. Deraoh : 16 Mei 2001 - Mac 2007
  8. En. Azis bin Abd. Rahman : 18 Mac 2007- 25.08.2012
  9. Puan Hajjah Rosidah binti Lazim :   26.08.2012 -31.12.2014
  10. Puan Badriah binti Haji Minai : 1.1.2015 hingga sekarang

Visi dan Misi

VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
 
MOTTO SEKOLAH

”Kerajinan Tangga Kemajuan”


KEBITARAAN SEKOLAH 2015

Bola  Sepak
Hoki

Selamat Hari Ibu


Ibu,
Engkaulah Ratu hatiku...
Ucapan istimewa buat semua ibu tersayang.
Pengorbananmu amat besar nilainya.
11 Mei 2008..hari istimewa buatmu
"Selamat Hari Ibu"

MESYUARAT GURU & MESYUARAT KURIKULUM

MESYUARAT GURU & MESYUARAT KURIKULUM 2020