Saturday, April 26, 2008

Projek Khas

GARISAN KUNING

Projek Garisan Kuning bertujuan memastikan disiplin murid terkawal. Murid akan berjalan di dalam garisan kuning ini semasa masuk dan keluar bilik darjah. Garisan kuning juga dapat mengawal murid supaya berjalan mengikut barisan dan tidak berlari di dalam kawasan sekolah. Projek yang diilhamkan oleh En. Md. Tajudin, dikawal selia oleh Pn. Hjh Kamariah (PK HEM) dan JK Disiplin SKBP.




GALERI SEJARAH

Galeri sejarah mempamerkan koleksi hasil tinggalan sejarah untuk dihayati oleh murid-murid dan umum. Bahan pameran di galeri ini adalah dari sumbangan guru-guru dan waris. Bak kata pepatah melayu, tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan, galeri ini merupakan koleksi gambar-gambar tokoh sejarah dan bahan-bahan sejarah dipamerkan di dewan terbuka SKBP. Sejarah silam warisan bangsa menjadi sanjungan warga SKBP.





KITCHEN GARDEN

Projek ini menjadi johan di peringkat daerah Kota Setar dan naib johan negeri tahun 2007. Jawatan kuasa ini diketuai oleh En. Md. Tajudin. Antara tanaman yang ditanam adalah serai, terung, bendi, timun dan lain-lain pokok hiasan. Taman ini juga dilengkapi dengan batu giling tradisi yang sumbangkan oleh waris. Kitchen garden ini menjadi taman indah kebanggaan warga SKBP.


GERINDA KRISTAL

Gerinda Kristal merupakan bilik Pemulihan Khas SKBP. Di sini anak didik SKBP yang menghadapi masalah 3M “digilap”. Diusahakan secara peribadi oleh Pn. Rahmah bt Mansof yang juga dianugerahkan sebagai guru Inovatif peringkat negeri Kedah pada tahun 2006. Pn. Rahmah adalah Jurulatih Utama Pemulihan Khas. Gerinda Kristal SK Bukit Pinang dijadikan sebagai benchmark kelas Pemulihan Khas daerah Kota Setar dan negeri Kedah.

SENTUHAN KASIH WARIS PENYAYANG

Penubuhan Jawatan Kuasa Waris bagi setiap kelas mengikut inisiatif guru kelas masing-masing. Melalui program ini, waris memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan, material, tenaga dan kerjasama. Permuafakatan antara waris dan guru ini bertujuan meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah murid serta keceriaan kelas. Aktiviti gotong-royong, menjahit langsir, membeli dan memasang tikar getah serta mengecat bilik darjah. Gotong-royong diadakan dari semasa ke semasa untuk menceriakan bilik darjah.


MESYUARAT GURU & MESYUARAT KURIKULUM

MESYUARAT GURU & MESYUARAT KURIKULUM 2020