Tuesday, January 2, 2018

Kata Aluan Guru Besar



Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bersama-sama melayari laman web SKBP ini. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha Webmaster merekabentuk, seterusnya melahirkan laman web ini.

Sejajar dengan era ICT dan globalisasi hari ini, adalah wajar bagi kita mendedahkan warga SKBP kepada dunia ICT serta melahirkan insan kamil dengan minda kelas pertama. Melalui laman web ini, info semasa dan terkini mengenai SKBP akan dapat diperolehi. Adalah diharapkan laman web ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara murid-murid, guru-guru dan ibu bapa, seterusnya komuniti di sekitar SKBP.

Saya berharap kewujudan laman web ini akan dimanfaatkan bersama.

Sekian, terima kasih.

t.t(Tuan Hashim Bin Ibrahim)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang

MESYUARAT GURU & MESYUARAT KURIKULUM

MESYUARAT GURU & MESYUARAT KURIKULUM 2020