Saturday, April 12, 2008

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang (SKBP) telah ditubuhkan pada awal tahun 1982. Pada mulanya sekolah ini merupakan cawangan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, dengan kapasiti enam buah bilik darjah (satu kelas bagi setiap aliran) yang menempatkan seramai 211 orang murid. Guru penyelia yang bertanggungjawab pada masa itu ialah Encik Othman Ahmad. Beliau dibantu oleh Pn. Hajjah Che Pah bt. Din. Mereka berdua merupakan individu yang bertanggungjawab memastikan perjalanan sekolah berjalan dengan lancar. Pn. Hajjah Che Pah sanggup mengeluarkan wang sakunya sendiri untuk membeli peralatan sekolah seperti kapur tulis, pemadam dan seumpamanya untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Jumlah guru ketika itu terdiri daripada tujuh orang (2 lelaki dan 5 perempuan).
Lencana asal SKBP
Menjelang tahun 1985, jumlah murid telah menjangkau sehingga 400 orang. Atas daya usaha En. Mohd. Hassan Hamid, satu projek gotong-royong telah diadakan untuk menampung keperluan bilik darjah ketika itu. Projek ini mendapat pembiayaan daripada sumbangan orang perseorangan, waris-waris serta para guru. Hasilnya sebuah bangunan setingkat yang mengandungi empat buah bilik darjah telah berjaya didirikan. Blok bangunan baru ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Hj. Osman Arof, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman pada 20 Julai 1987.

Bangunan dua tingkat SKBP
Memandangkan keperluan infrastruktur sekolah yang semakin mendesak, bilangan bilik di bangunan ini telah ditambah untuk menempatkan pusat sumber sekolah, perpustakaan dan pejabat am pada tahun 1990. Tambahan premis-premis ini juga adalah hasil usaha gotong-royong.

Pada 31 Disember 2001, sekolah ini telah mendapat peruntukan sejumlah RM2.1 juta daripada kerajaan untuk menambah dua blok bangunan baru tiga tingkat yang mampu menampung keperluan murid yang semakin bertambah daripada semasa ke semasa. Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada 1 Januari 2002 dan menjelang 31 Ogos 2002, bangunan ini telah siap sepenuhnya dan digunakan secara optimum.

Bangunan baru SKBP siap pada Ogos 2002
Sehingga tahun Januari 2008, jumlah murid telah mencapai sehingga 710 orang. Infrastruktur sekolah semakin bertambah untuk memenuhi keperluan semasa seperti makmal komputer, pusat sumber sekolah, bilik tayangan, bilik pemulihan khas (Gerinda Kristal), dua buah kelas prasekolah yang menempatkan 50 orang murid, pusat akses kendiri, bilik SPBT, bilik PPSMI dan seumpamanya. Staf guru pula terdiri daripada 39 orang (10 lelaki dan 29 perempuan) dan dibantu oleh 9 staf sokongan (5 lelaki dan 4 perempuan).

Jasamu dikenang
Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini terdiri daripada:

  1. En. Othman b. Ahmad (Guru Penyelia) : 1982 - 1985
  2. En. Mohd. Hassan b. Hamid : 1985 - 1987
  3. En. Khalid b. Md. Yunus : Dis.1987 - Apr.1994
  4. Tn. Hj.Salleh b. Abdullah : April 1994 - Feb.1995
  5. En. Abd. Wahab b. Md. Hussein : April 1995 -16 Jun 1998
  6. Pn. Hjh. Khairon bt. Lazim : 1 Jul.1998 -10 Mac 2001
  7. En. Samsuddin b. Deraoh : 16 Mei 2001 - Mac 2007
  8. En. Azis bin Abd. Rahman : 18 Mac 2007- 25.08.2012
  9. Puan Hajjah Rosidah binti Lazim :   26.08.2012 -31.12.2014
  10. Puan Badriah binti Haji Minai : 1.1.2015 hingga sekarang

1 comment:

  1. Sekolah kebanggaanku,..
    Pada guru2 jasamu dikenang, moga menjadi amal yg brmanfaat di sana nanti...
    Dr murid tahun 1983-1986...

    ReplyDelete

MESYUARAT GURU & MESYUARAT KURIKULUM

MESYUARAT GURU & MESYUARAT KURIKULUM 2020