Sunday, May 18, 2008

Program Semarak Kasih

Program Semarak Kasih telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Mei 2008 (Sabtu) di Dewan Sirih dan perkarangan Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang. Dalam program yang bertemakan keselamatan murid ini pelbagai acara diadakan seperti ceramah keselamatan jalan raya, pameran, pemeriksaan kesihatan, promosi Streamyx Combo, Skim Galakan Simpanan Pelajar Tabung Haji, pertandingan kuiz, melukis dan mewarna serta gerai-gerai jualan.

Barisan tetamu kehormat dari kiri Inspektor Lee (Balai Polis Kepala Batas), Encik Amri bin Latip (YDP PIBG), Puan Fadhilah Murad (Pegawai Ko-akademik PPDKS), Guru Besar dan PK Kurikulum SKBP

Tetamu yang hadir terdiri daripada murid-murid dan ibu bapa/waris


Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Encik Amri bin Latip, Yang DiPertua PIBG SKBP, diikuti dengan ucapan Encik Azis bin Abdul Rahman, Guru Besar SKBP dan seterusnya ucapan perasmian oleh Puan Fadhilah Murad, Pegawai Khas Ko-akademik Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar.

Ucapan Yang Di Pertua PIBG SKBP


Ucapan Tuan Guru Besar SKBP
Encik Azis bin Abd. Rahman


Ucapan perasmian Puan Fadhilah Murad
Pegawai Khas Ko-Akademik PPD Kota Setar


Tetamu kehormat kemudian dibawa melawat ke unit-unit pameran serta menyampaikan cenderamata penghargaan atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan. Pameran disertai oleh :

  • Jabatan Keselamatan Jalan Raya Kedah (JKJR)
  • Polis Trafik, IPD Alor Star
  • Jabatan Perhilitan Negeri Kedah
  • Pejabat kesihatan Daerah Kota Setar
  • AADK Daerah Kota Setar (Anti Dadah)

Pameran Jabatan Keselamatan Jalan Raya memaparkan kempen keselamatan jalan raya "Anda mampu mengubahnya"


Pameran Polis Trafik berjaya menarik minat para pengunjung

Pameran Perhilitan mempamerkan keselematan haiwan yang dilindungi
diawet untuk tatapan pengunjung


Pameran anti dadah (AADK) menjadi kunjungan orang ramai



Pertandingan mewarna bagi murid Prasekolah dan Tahap 1 manakala pertandingan melukis bagi murid Tahap 2 diadakan pada jam 9.00 pagi. Pertandingan Kuiz Pameran dan Teka Siapa Saya membuka peluang untuk murid-murid mencari maklumat dan memenangi pelbagai hadiah.


Pertandingan Mewarna (Murid Prasekolah & Tahap 1) dan Pertandingan Melukis (Tahap 2) memberi peluang murid mengasah bakat.


Pemeriksaan Kesihatan oleh Klinik Kesihatan Langgar juga diadakan. Majlis turut dimeriahkan dengan promosi Streamyx Combo dan kad i-talk oleh TM Alor Star serta Skim Galakan Simpanan Pelajar Tabung Haji. Pemeriksaan kesihatan, promosi Streamyx dan i-talk serta Tabung Haji mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung. Program diserikan lagi dengan gerai-gerai jualan oleh guru-guru, murid-murid dan peniaga luar.



Orang ramai yang menghadiri program Semarak Kasih tidak melepaskan peluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan dari Klinik Kesihatan Langgar


Skim Galakan Simpanan Tabung Haji mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Terima kasih kepada pihak Tabung Haji Alor Star yang telah memberikan sumbangan hadiah.


Promosi Streamyx turut mendapat penghargaan dari pihak sekolahdan sambutan dari pengunjung. Terima kasih kepada pihak TM Alor Star yang memberikan sumbangan hadiah

Gerai-gerai jualan oleh guru-guru turut memeriahkan Program Semarak Kasih



Majlis diteruskan dengan ceramah dan kuiz keselamatan jalan raya oleh Encik Azimi bin Man dari JKJR Kedah. Ceramah yang menarik ini memberi kesedaran tentang keselamatan jalan raya, kepentingan pemakaian topi dan tali pinggang keledar dan sebagainya.


Ceramah Keselamatan Jalan Raya oleh penceramah jemputan
Encik Azimi bin Man (JKJR)

Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang memenangi pertandingan kuiz, mewarna dan melukis. Hadiah-hadiah adalah sumbangan Tabung Haji dan TM Alor Star.

Guru Besar, warga SKBP, Yang Di Pertua PIBG dan AJK PIBG serta mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dan memberikan sumbangan menjayakan Program Semarak Kasih.


Laporan : Sarina Zainudin
Peserta NPQH Kohort 11/2007
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pelajaran Malaysia
Sri Layang Genting Highlands

MESYUARAT GURU & MESYUARAT KURIKULUM

MESYUARAT GURU & MESYUARAT KURIKULUM 2020